Wednesday, August 18, 2010

SYARAT & PERATURAN UNTUK MENJADI USAHAWAN BERJAYA GLASSWARE SDN.BHD.

TATACARA PERMOHONAN UNTUK MENJADI PENGEDAR SB.

1.Setiap individu harus merujuk kepada stokis SB yang berurusan secara sah berdekatan anda bagi melaksanakan pemprosesan pendaftaran.

2.Pendaftaran untuk menjadi pengedar SB mestilah menggunakan borang khas yang disediakan oleh SB kepada setiap stokis.Penuhkan borang tersebut dan pos/fakskan ke ibu pejabat untuk tindakan lanjut.Jika didapati borang tersebut tidak mencukupi,isikan maklumat lain dalam kertas berasingan.

3.Jumlah pendaftaran telah ditetapkan oleh pihak SB iaitu RM 15 seumur hidup,kadar tersebut telah di meteraikan selama beberapa tahun yang lalu,segala perubahan akan diberi notis oleh pihak syarikat.

4.SB akan memproses setiap permohonan.keputusan SB dalam hal ini adalah muktamad,pemohon boleh membuat rayuan sekiranya perlu.

TATACARA PERMOHONAN UNTUK MENJADI STOKIS SB
.


1.Setiap individu mestilah terdiri dari ahli SB,bagi meraka yang belum lagi menjadi ahli,mestilah mendaftarkan (sila lihat lampiran pengedar no.1).

2.Jumlah pendaftaran (sama seperti lampiran pengedar no.2)

3.Setelah mengisi borang keahlian,anda di kehendaki mengisi borang permohonan sebagai stokis yang akan diberi melalui faks,setelah mengisinya anda dikehendaki menghantar semula borang tersebut menggunakan faks,tempoh pemprosesan diambil adalah selama sebulan.

4.SB akan memproses setiap permohonan.keputusan SB dalam hal ini adalah muktamad,pemohon boleh membuat rayuan sekiranya perlu.

SYARAT-SYARAT UNTUK MENJADI STOKIS SB.

1.Mempunyai pengalaman yang secukupnya dalam perniagaan jualan langsung.mempunyai rangkaian pengedar dan pelanggan yang secukupnya.

2.Setelah diluluskan permohonan,hendaklah membayar RM 2,000.00 sebagai deposit.deposit ini akan dikembalikan apabila pihak stokis berkenaan tidak lagi berurusan dengan SB.

3.Sistem bayaran adalah mengikut bill-to-bill,jika stokis gagal mematuhi sistem ini,penghantaran barangan seterusnya akan dihentikan.

4.SB menyediakan insentif,bonus dan pelan pemasaran yang menyeluruh,termasuk stokis dan pengedar tajaanya.Stokis hendaklah mematuhi pelan pemasaran yang disediakan.


No comments:

Post a Comment

Blog Archive