Wednesday, August 18, 2010

SYARAT & PERATURAN UNTUK MENJADI USAHAWAN BERJAYA GLASSWARE SDN.BHD.

TATACARA PERMOHONAN UNTUK MENJADI PENGEDAR SB.

1.Setiap individu harus merujuk kepada stokis SB yang berurusan secara sah berdekatan anda bagi melaksanakan pemprosesan pendaftaran.

2.Pendaftaran untuk menjadi pengedar SB mestilah menggunakan borang khas yang disediakan oleh SB kepada setiap stokis.Penuhkan borang tersebut dan pos/fakskan ke ibu pejabat untuk tindakan lanjut.Jika didapati borang tersebut tidak mencukupi,isikan maklumat lain dalam kertas berasingan.

3.Jumlah pendaftaran telah ditetapkan oleh pihak SB iaitu RM 15 seumur hidup,kadar tersebut telah di meteraikan selama beberapa tahun yang lalu,segala perubahan akan diberi notis oleh pihak syarikat.

4.SB akan memproses setiap permohonan.keputusan SB dalam hal ini adalah muktamad,pemohon boleh membuat rayuan sekiranya perlu.

TATACARA PERMOHONAN UNTUK MENJADI STOKIS SB
.


1.Setiap individu mestilah terdiri dari ahli SB,bagi meraka yang belum lagi menjadi ahli,mestilah mendaftarkan (sila lihat lampiran pengedar no.1).

2.Jumlah pendaftaran (sama seperti lampiran pengedar no.2)

3.Setelah mengisi borang keahlian,anda di kehendaki mengisi borang permohonan sebagai stokis yang akan diberi melalui faks,setelah mengisinya anda dikehendaki menghantar semula borang tersebut menggunakan faks,tempoh pemprosesan diambil adalah selama sebulan.

4.SB akan memproses setiap permohonan.keputusan SB dalam hal ini adalah muktamad,pemohon boleh membuat rayuan sekiranya perlu.

SYARAT-SYARAT UNTUK MENJADI STOKIS SB.

1.Mempunyai pengalaman yang secukupnya dalam perniagaan jualan langsung.mempunyai rangkaian pengedar dan pelanggan yang secukupnya.

2.Setelah diluluskan permohonan,hendaklah membayar RM 2,000.00 sebagai deposit.deposit ini akan dikembalikan apabila pihak stokis berkenaan tidak lagi berurusan dengan SB.

3.Sistem bayaran adalah mengikut bill-to-bill,jika stokis gagal mematuhi sistem ini,penghantaran barangan seterusnya akan dihentikan.

4.SB menyediakan insentif,bonus dan pelan pemasaran yang menyeluruh,termasuk stokis dan pengedar tajaanya.Stokis hendaklah mematuhi pelan pemasaran yang disediakan.


Katalog Raja Lelong Part 2 Page 59-73

Katalog Raja Lelong Part 2 Page 59-73

Katalog Raja Lelong Part 2 Page 42-59

Katalog Raja Lelong Part 2 Page 42-59

Monday, August 16, 2010

Sampul Duit Raya 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua stokis dan pengedar yang budiman,pada tahun 2010 ini kami berjaya menghasilkan sampul duit raya yang unik dan cantik untuk diberikan kepada stokis dan pengedar yang berjaya membuat belian dan mencapai target seperti yang dinyatakan.Ia adalah sebagai tanda terima kasih dari kami dan memeriahkan sambutan hari raya aidilfitri pada tahun ini.

Terdapat Dua Saiz Pilihan. :-



(kecil)100mm x 82 mm




(besar) 154 mm x 80 mm


*Semoga Perayaan Tahun Ini Akan Lebih Bermakna Buat Kita Semua :)


Pelan Pemasaran Stokis Dan Pegedar 2009&2010

Salam sejahtera kepada semua stokis dan pengedar budiman.

1/1 Mulai dari tarikh julai 2009 pihak Syarikat Berjaya Glassware Sdn.Bhd. telah menggantikan pelan pemasaran 2009,beberapa insentif yang terdapat didalam pelan pemasaran terdahulu telah di naik taraf.Pemberian insentif yang lebih menarik lagi istimewa disediakan untuk stokis dan pengedar.

1/2 Pelan pemasaran SB mulai 1 hb Julai 2009 sehingga 30 hb june 2010 seperti berikut :-

*Pihak syarikat akan membekalkan 3 naskah katalog kepada semua dan pengedar secara percuma

*kadar diskaun niaga untuk pengedar adalah seperti skala di bawah ini :-


Jenis Katalog Peratus diskaun %

Katalog Vol 36 35%
Katalog Gila-gila vol1&2 30%
Katalog Raja Lelong vol1&2 20%
Barangan Best Buy 20%
Barangan Purchase with purchase 10%

*Semua belian dikira dalam perkiraan insentif bulanan dan tahunan.

2/1 Bonus Kumpulan Bulanan (10%+12%)

2/2 Komisen stokis 10% dibayar menggunakan cek pada setiap awal bulan.Setiap stokis dan pengedar akan mendapat Bonus Jualan Berkumpulan Bulanan(BJKB) Mengikut perkiraan dibawah dengan syarat pengedar hendaklah mengekalkan belian individu minima RM500.00 bersih(harga pengedar) setiap bulan.Stokis dan pengedar dikira sebagai satu kumpulan oleh itu BJKB akan dikira berdasarkan semua belian terkumpul dalam satu vaucher akan dibayar kepada stokis,beliau bertanggungjawab untuk mengagihkan ia kepada pengedar- pengedar tajaanya,bonus ini boleh ditebus selama 2 bulan dan tidak boleh ditukar milik atau ditunaikan.


INSENTIF BELIAN BONUS JUALAN BERSIH
BELIAN BULANAN PERATUS BJKB

RM 500.00 keatas 2%

RM 2,500.00 keatas 3%

RM 5,500.00 keatas 4%

RM 10,000.00 keatas 5%

RM 15,500.00 keatas 7%

RM30,000.00 keatas 10%

RM 50,000.00 keatas 12%


3/1 Kempen belian selama 4 bulan berkumpulan

3/2 Mulai 1 hb Julai 2009 hingga 3 hb jun.pihak syarikat memberi satu lagi insentif istimewa kepada semua stokis yang membuat belian maksima dalam tempoh 4 bulan.Pakej ini terbahagi kepada 3 kali dalam setahun.


JUMLAH PAKEJ TEMPOH BELIAN

Pakej A Julai hingga Oktober

Pakej B November hingga Febuari

Pakej C Mac hingga Jun


KADAR BONUS BERPANDUKAN PEMBELIAN BERSIH SETIAP 4 BULAN


SASARAN JUALAN KADAR KEUNTUNGAN JUMLAH BONUS

RM 50,000.00 keatas 5% RM 2,500.00

RM 60,000.00 keatas 5% RM 3,000.00

RM 80,000.00 keatas 5% RM 4,000.00

RM 100,000.00 keatas 5% RM 5,000.00

#Semua bayaran akan dibuat dalam bentuk baucer.Baucer ini tidak boleh ditunaikan,Stokis hanya boleh menebus dengan membeli barangan di dalam katalog atau membuat kredit ke dalam akaun stokis.

4/1 KEMPEN PERLANCONGAN UNTUK STOKIS DAN PENGEDAR

Sebagai penghargaan syarikat berjaya glassware kepada semua pengedar dan stokis yang cemerlang membuat jualan berkumpulan selama setahun sebanyak RM20,000.00 anda layak untuk mengambil peluang dalam kempen perlancongan untuk seorang dan jika anda membuat jualan melebihi RM 20,000.00 anda akan mendapat tambahan seorang lagi untuk turut serta dalam kempen perlancongan ini.

Pihak Syarikat telah mengaturkan satu kempen eksklusif ke negeri melaka bandaraya besejarah bertempat di A'famosa resort serta membuat lawatan ke tempat besejarah di bandar melaka selama 2 hari 1 malam.Tujuan anugerah ini diadakan untuk memberi peluang kepada stokis dan pengedar untuk berehat setelah penat menjalankan perniagaan seharian.

4/2 SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN KEMPEN PERLANCONGAN
*Kempen ini terbuka untuk semua stokis dan pengedar yang mendaftar sebagai ahli.

*pihak stokis mesti menghantar laporan jualan pengedar tajaannya setiap bulan sebelum tarikh tutup kempen.

* syarikat juga berhak membatalkan secar automatik terhadap pemengan sekiranya timbul keraguan di atas syarat-syarat yang telah ditetapkan.

*kempen ini bermua pada 1 june 2009 hingga 10hb june 2010.

4/3 SKIM GALAKAN MENAMBAH AHLI SB

~Kempen ini berjalan selama 6 bulan,bermula pada 1 hb julai 2009 hingga 31 june 2010.

~Tajaan seramai 100 ahli layak menerima hadiah wang tunai RM 300.00
~Tajaan seramai 150 ahli layak menerima hadiah wang tunai RM 450.00
~Tajaan seramai 300 ahli layak menerima hadiah wang tunai RM 900.00

4/4 PROSEDUR PEMBAYARAN

Semua pembayaran cek digalakkan menggunakan cek berpalang atas nama "SYARIKAT BERJAYA GLASSWARE SDN.BHD."tarikh tidak melebihi 7 hari atau 14 hari dari tarikh penerimaan barangan.Pembayaran tunai diharap dilakukan secara online,pindahan bayaran melalui ATM atau ATM DEPOSIT demi keselamatan bersama.

NO AKUAN SYARIKAT :-

1.CIMB BANK 2.MAYBANK
JLN HANG TUAH MELAKA JLN HANG TUAH MELAKA
NO.AKAUN : 0403-0010284-05-4 NO.AKAUN : 504021264006

2.RHB BANK BERHAD
JALAN HANG TUAH MELAKA
NO.AKAUN : 20402700032150


Wednesday, August 11, 2010

Hubungi Kami



Syarikat Berjaya Glassware Sdn. Bhd.(AJL 931151)

No.4A-4B,Jln Kg.Jawa,
Kg.Jawa,75100 Melaka.(Malaysia)
Tel.:06-2822186,06-2831186 Fax.:06-2846132
Email .: shmustaf@tm.net.my

Facebook : facebook.com/syarikatberjayaglassware

Account Department :- Cik Farah (EXT 103)
Marketing & Sales Department :- En.Kharuddin Md Sani (EXT 105)
Purchasing Department (local&oversea) :- En.Muhammad Haikal Mustafa (EXT 105)
Warehouse Keeper :- En.Kamis Tamby (EXT 104)

Admin & Office Hours:
Monday - Saturday (9.30am - 6.00pm)
Sunday & Public Holiday (OFF)

Business Operation Hours (HQ only):
Monday - Saturday (9.30am - 6.00pm)
Sunday (9.30am - 6.00pm)
Public Holiday (9.30am - 6.00pm)

Map Location :-

Berita Dan Aktiviti

Jualan Murah Sempena Aidilfitri 2010

(Ibupejabat)

Tarikh : 11 August 2010 hingga 11 september 2010

Tempat :No.4A-4B Jln Jawa Melaka 75100 Melaka.

Masa : 9.30 pg - 5.30 ptg.

_____________________________________________________

(Cawangan)

Tarikh : 11 August 2010 hingga 11 september 2010

Tempat :No.33-1,33-2,Jln Kenanga 3/25,tmn kenanga sek3 75300 melaka.

Masa : 10.00 pg - 10.00 mlm.

Produk Syarikat Berjaya Glassware Sdn.Bhd.




Wilayah Persekutuan

MINGLE CORPORATION SDN.BHD.
Contact No:
03-41423920,012-2170382
/ 012-2170382

Address:
62 JALAN 2A/27A
SEK.1 WANGSA MAJU
53300 KUALA LUMPUR

WYSY ENT.

Contact No
:03-62736689 / 017-2264087

Address:
LG 03 Lower Ground
kompleks desa jalan kepong 51200
kepong kuala lumpur.

Pengedar/Stokis/Cawangan



Profile Syarikat

Visi

Visi kami adalah untuk membantu para Usahawan jualan langsung sebagai rakan niaga yang cemerlang dan terbilang dirantau ini. Kami telah menyediakan Pelan Insentif (SLM) yang menarik dan lumayan kepada semua peringkat Usahawan Berjaya Glassware untuk jangka masa yang panjang. Dimana pendapatan bulanan yang boleh diperolehi sehingga lima angka.

Misi

Syarikat Berjaya Glassware berhasrat melahirkan lebih ramai Usahawan jualan langsung yang berjaya dan terbilang. Seterusnya kami juga ingin memberikan sokongan dalam mempertingkatkan lagi ekonomi Negara Malaysia . Selain dari itu melalui program jualan langsung di Berjaya Glassware kami dapat membantu mengurangkan kadar pengangguran.


Program Promosi Berjaya Glassware Yang Terunggul

Jenama Berjayaglassware telah mendapat perhatian yang terhebat daripada para peminatnya hasil daripada program iklan yang berterusan melalui media elektronik seperti di RTM dan media cetak seperti Majalah Mingguan Wanita , Majalah Nona dan Majalah An Nur,Jom Sebar. Syarikat juga pada masa tertentu mengiklankan Berjaya di dalam surat khabar utama seperti Utusan Malaysia , Kosmos , Harian Metro dan Berita Harian .Syarikat telah mengeluarkan perbelanjaan yang besar bagi tujuan promosi dan meningkatkan kualiti produk.


Salam Ramdhan dan Selamat Berpuasa.





Assalamualaikum dan salam sejahtera di ucapkan kepada semua stokis dan juga dealer yang beragama islam,diucapakn selamat menjalani ibadah puasa pada tahun ini dengan lebih tabah dan sabar,diharapakan ramdhan kali ni penuh makna bagi kita semua,semoga segalanya berjalan dengan lancar hendakNya.

Katalog 2010






Sekapur sireh seulas pinang

Bismillahirahmannirahim...syarikat berjaya glassware sdn bhd. melangkah ke puncak jaya.

Bersyukur saya kehadrat ALLAH S.W.T dengan izinnya maka dapatlah saya menjayakan beberapa buah katalog yang panas dan berjaya menambat hati semua dalam keluaran terbaru 2010.
Dengan itu juga saya ingin mengucapkan "Selamat Tahun Baru" kepada semua stokis,pengedar dan pelanggan setia kami.Semoga anda semua berada di dalam keadaan sihat walfiat hendakNya.Saya berharap semoga anda dapat menjalankan urusniaga dangan lebih berjaya pada tahun ini"INSYALLAH" sokongan daripada anda sekalian telah memberikan saya satu semangat yang jitu untuk saya meneruskan perniagaan secara global.
Syarikat SB telah mendapat sambutan yang sunggh baik daripada pelancaran katalog-katalog sebelum ini.Pada kali ini SB tampil pelbagai barangan yang lebih hebat,lebih berkualiti dan lebih banyak pilihan ekslusif.SB adalah sebuah syarikat jualan langsung terbesar di malaysia yang mengimport banyak barang-barang berkualiti terus dari pengilang-pengilang terkemuka dunia tanpa menggunakan orang tengah dan belian adalah secara borong,dengan cara ini kami dapat menjimatkan kos dan menawarkan harga murah kepada pelanggan setia kami.
Untuk mendapat sokongan beterusan SB akan mendapatkan idea-idea baru untuk dimuatkan dalam katalog terbaru kami.kejayaan yang di capai wajar di kongsi bersama di semua peringkat kerana kami percaya bahawa bekerja dalam pasukan akan membuahkan hasil yang lumayan.Akhir kata dari kami di S.B.G.S.B "Kepuasan Anda Matlamat Kami" sekian.

Blog Archive