Wednesday, March 8, 2017

Happy Women Day!~


Pada 8 Mac, Hari Wanita Sedunia, kita semua sudah tentunya mengambil masa ini untuk mengesahkan dan meraikan pelbagai pencapaian wanita dari segi sosial, ekonomi, budaya dan politik.
Kita akan menimbang sejauh mana wanita telah capai dalam sektor pendidikan dan kesihatan, sambil mengambil kira bagaimana wanita mengambil lebih bahagian dalam tenaga kerja dan bagaimana sasaran magis 30 peratus representasi wanita boleh dicapai dalam sektor awam. Ya, kita akan tentunya meraikannya.
Tapi dalam menyambut beberapa langkah maju ini, kita jangan lupa bahawa ada ribuan wanita yang tidak dapat bersama dalam perjalanan kita.
Mari kita mengingati diri kita tentang betapa majoriti wanita masih menghadapi kesusahan dan berjuang: ibu tunggal masih menghadapi masalah untuk memenuhi keperluan hidup; pekerja wanita menghadapi masalah masa kerja panjang dan gaji rendah; wanita dan kanak-kanak perempuan yang terpaksa menangani kesan dari serangan seksual dan keganasan domestik; wanita yang terpaksa berhadapan dengan interpretasi agama dari sisi patriarki; kepolisian moral dan ancaman hukuman yang tidak adil; wanita pribumi menghadapi kemusnahan tanah, budaya dan mata pencarian; wanita pelarian yang mencari perlindungan dan keselamatan bagi diri mereka dan keluarga; wanita migran yang mencari kebebasan dari kehambaan zaman moden dan penghinaan; wanita yang diperdagangkan; wanita transgender; wanita kurang upaya – senarai ini berlarutan.
Semua wanita ini tidak mempunyai kekayaan, peluang maupun orang pertengahan untuk menangani cabaran hidup ini. Setiap hari wanita ini menghadapi pelbagai bentuk diskriminasi.
Jika kita percayakan satu kemanusiaan, wanita ini adalah kakak kita, perjuangan mereka adalah perjuangan kita dan perlawanan mereka adalah perlawanan kita. Kita harus bersatu untuk menyuarakan perjuangan berpanjangan demi keadilan gender dan sosial walaupun ada kemajuan beberapa orang lain.
Kita tidak boleh memandang rendah pencapaian wanita di seluruh dunia setakat ini. Banyak telah dicabar dan banyak telah berubah. Amalan budaya yang pada satu masa dahulu diterima seperti ikatan kaki dan bakaran balu di kayu api pengebumian tiada lagi ada. Kini golongan wanita mempunyai hak mengundi.
Sekarang terdapat kempen melawan pencacatan alat kelamin wanita, perkahwinan kanak-kanak dan rogol dalam perkahwinan. Ada juga terdapat kempen yang mempromosikan pendidikan kanak-kanak perempuan.
Keganasan terhadap wanita malangnya masih berlaku tetapi ada kesedaran besar bahawa ini tidak boleh diterima lagi. Ada wujudnya undang-undang untuk membenteras hal ini di banyak negara tapi perlaksanaannya perlu dibaiki. Objektifikasi seksual wanita masih berlaku.
Ya, kita tahu akan cabaran patriarki yang mahukan kesenyapan dan ketaatan lebih-lebih lagi dalam arena agama. Juga terdapat struktur ekonomi bercorak hirarki yang mendiskriminasi wanita dan ramai juga lelaki. Perjuangan harus dilanjutkan.
Oleh kerana kita telah menyuarakan pandangan kita, menguatkan solidariti, norma masyarakat telah mula berubah, dan kita meraikan perubahan ini.
Mencabar ketidakadilan memerlukan solidariti kita – kita semua, tak kira siapa kita, latar belakang kita. Ini kerana ketidakadilan terhadap wanita, ketidakadilan sesiapapun, adalah ketidakadilan kepada diri kita.
Jadi marilah kita meraikan hari ini – pencapaian wanita yang banyak dan perjuangan berleluasa untuk keadilan gender dan sosial bagi kita semua.
Mari kita berganding bahu untuk golongan wanita. Lafazkan pendirian demi masyarakat adil. Selamat Hari Wanita Sedunia.
Sheikh Mustafa Bin Sheikh Abdul Rahman
Ceo Berjaya Glassware Sdn.Bhd.
Hari Wanita Sedunia 2017 ðŸ˜ŽðŸŒ¹

No comments:

Post a Comment

Blog Archive