Wednesday, April 18, 2012

Pelan Pemasaran 2012 SBGSB

1.1 Mulai dari 1 hb April 2012 Syarikat Berjaya Glassware Sdn.Bhd akan melancarkan katalog Vol ke-41 untuk maklumat semua katalog vol ke-38, 39 dan ke-40 masih boleh digunakan jika tiada perubahan harga atau No.kod Produk. Syarikat Berjaya akan menggantikan pelan pemasaran 2011 dengan pelan pemasaran 2012. Beberapa insentif yang terdapat didalam pelan pemasaran terdahulu terus diperbaiki. Pemberian insentif tambahan yang lebih menarik lagi istimewa disediakan. Ini adalah tanda terima kasih syarikat SB kepada semua yang banyak memberikan sokongan dan kerjasama yang positif sepanjang tahun 2011.

1.2 Pelan pemasaran 2012 seperti berikut.
ØPihak syarikat SB akan membekalkan katalog volume ke-41 secara percuma kepada semua ahli sahaja.
ØKadar diskaun runcit untuk pengedar

qPotongan untuk barangan runcit 30%
qPotongan untuk barangan best buy 20%

Nota: M/S 82 SB0853,SB0854, M/S 83 SB0855,SB0856,SB0857 Pembelian dimuka surat ini potongan Best buy (20%) semua jualan diambil kira dalam target belian bulanan dan tahunan kecuali belian barangan Best buy, Harap Maklum.

1.3 Bonus Belian Berkumpulan 22%
Insentif keuntungan stokis dan pengedar pada tahun ini telah dinaikkan daripada 20% kepada 22% pembayaran ini adalah yang tertinggi. Jika dibandingkan dengan pembayaran terdahulu. Dengan pemberian yang tinggi ini, pihak stokis dan pengedar dijangka dapat mempertingkatkan lagi jualan pada tahun ini. Memandangkan terdapat banyak produk terbaru lagi eksklusif.





No comments:

Post a Comment

Blog Archive