Wednesday, August 11, 2010

Sekapur sireh seulas pinang

Bismillahirahmannirahim...syarikat berjaya glassware sdn bhd. melangkah ke puncak jaya.

Bersyukur saya kehadrat ALLAH S.W.T dengan izinnya maka dapatlah saya menjayakan beberapa buah katalog yang panas dan berjaya menambat hati semua dalam keluaran terbaru 2010.
Dengan itu juga saya ingin mengucapkan "Selamat Tahun Baru" kepada semua stokis,pengedar dan pelanggan setia kami.Semoga anda semua berada di dalam keadaan sihat walfiat hendakNya.Saya berharap semoga anda dapat menjalankan urusniaga dangan lebih berjaya pada tahun ini"INSYALLAH" sokongan daripada anda sekalian telah memberikan saya satu semangat yang jitu untuk saya meneruskan perniagaan secara global.
Syarikat SB telah mendapat sambutan yang sunggh baik daripada pelancaran katalog-katalog sebelum ini.Pada kali ini SB tampil pelbagai barangan yang lebih hebat,lebih berkualiti dan lebih banyak pilihan ekslusif.SB adalah sebuah syarikat jualan langsung terbesar di malaysia yang mengimport banyak barang-barang berkualiti terus dari pengilang-pengilang terkemuka dunia tanpa menggunakan orang tengah dan belian adalah secara borong,dengan cara ini kami dapat menjimatkan kos dan menawarkan harga murah kepada pelanggan setia kami.
Untuk mendapat sokongan beterusan SB akan mendapatkan idea-idea baru untuk dimuatkan dalam katalog terbaru kami.kejayaan yang di capai wajar di kongsi bersama di semua peringkat kerana kami percaya bahawa bekerja dalam pasukan akan membuahkan hasil yang lumayan.Akhir kata dari kami di S.B.G.S.B "Kepuasan Anda Matlamat Kami" sekian.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive