Tuesday, March 29, 2011

MEMO 25/03/2011

KEPADA SEMUA STOKIS YANG DI HARGAI

1.1 Beli Katalog Satu Percuma Satu

Merujuk perkara diatas mulai dari 28hb March 2011 Syarikat Berjaya Glassware Sdn. Bhd. menawarkan insentif istimewa.Kempen ini ditawarkan kepada semua stokis.Kempen tersebut setiap pembelian 1 katalog anda akan diberi tambahan 1 katalog secara percuma. Tawaran kempen ini berlangsung selama sebulan tarikh akhir 31hb April 2011.Tujuan kempen ini adalah untuk menghabiskan stok katalog volume 38 keluaran 2011 yang masih berbaki dalam simpanan kami.Kepada stokis SB yang berminat anda boleh membuat tempahan awal kerana stok kami terhad (hubungi En.Khairuddin H/P: 019-6567186 untuk sebarang pertanyaan) harga asal katalog ini RM2.00

1.2 Kempen Pemberian Extra Diskaun 3%

Mulai dari 1hb februari 2011 hingga 31 december 2011,Syarikat Berjaya telah melancarkan kempen Extra diskaun sebanyak 3% ini bermakna jika setiap minggu anda membuat order barangan daripada SB dan anda dapat menjelaskan jumlah bayaran pada minggu berikutnya dan pada penghujung bulan tidak terdapat sebarang baki tertunggak dalam statement akaun anda.Stokis tersebut layak menerima insentif 3% dalam bentuk cek tunai.

1.3 Kempen Pembayaran Extra Diskaun 1 %

Merujuk pekara diatas pihak syarikat SB akan membuat bayaran extra insentif tahunan
1 % daripada keseluruhan belian tahunan dengan syarat stokis tersebut dapat mengekalkan rekod pembayaran cemerlang pada setiap bulan sepanjang kempen ini berlangsung bermula pada March 2011 hingga 31hb April 2011.Pembayaran yang tidak mengikut peraturan seperti
yang dinyatakan diatas ia dikira batal.Jesteru semua stokis merebut insentif lumayan ditawarkan oleh pihak syarikat.Contoh perkiraan belian setahun terkumpul
RM100,000.00 X 1% = RM1,000.00 bayaran cek tunai.

PERHATIAN!!!

Kepada semua stokis SB yang budiman diminta memberi sepenuh perhatian didalam
urusan pembayaran.Pihak syarikat tidak dapat membuat penghantaran barangan seterusnya
jika didapati baki tertunggak yang masih belum dijelaskan oleh pihak stokis,sila hubungi pegawai
pemasaran kami En.Khairuddin di talian 019-6567186 untuk penjelasan lanjut.
Semua pembayaran digalakkan menggunakan cek berpalang atas nama syarikat berjaya glassware sdn.bhd. bayaran dalam bentuk cek jika bayaran tunai di minta membuat bayaran online demi keselamatan,terima kasih.

Monday, March 28, 2011

MEMO 18012011

1.1 Caj Bayaran Untuk Katalog Volume Ke-38

Merujuk Pekara Diatas pihak syarikat berjaya terpaksa mengenakan caj bayaran katalog volume -38 dengan bayaran RM2.00 senaskah ini memandangkan kos untuk membuat katalog telah naik begitu tinggi.Katalog ini mempunyai ketebalan 250 muka surat penuh dengan warna warni dan berkualiti tinggi,kos untuk membaiyai pengambilan gambar,kos rekaan.kos percetakkan,kos warna dan lain-lain melibatkan modal yang besar.Sebenarnya harga senaskah katalog yang ditawarkan melebihi RM5.00.Pihak SB telah memberi subsidi hingga RM3.00 senaskah,dan anda hanya perlu membayar RM2.00 senaskah oleh kerana menghargai kesetiaan dan sokongan yang berterusan dari pihak stokis dan pengedar terima kasih RM2.00 yang telah anda belanjakan dapat membantu kami membiayainya.Hargailah katalog ini dan hargailah ia dengan menjaganya dengan sempurna.

1.2 Pemberian Katalog Pertama Kali Secara Percuma.

Untuk maklumat semua stokis dan pengedar pihak SB akan mengedarkan katalog volume-38
pada 20hb January 2011 secara percuma untuk edaran yang pertama.Caj katalog RM2,00 hanya dikenakan untuk edaran yang seterusnya.Semua stokis boleh membuat pesanan katalog volume-38 di ibu pejabat syarikat berjaya glassware sdn.bhd. melalui pegawai pemasaran
En.Khairuddin Bin Md Sani H/P : 019-6567186 Tel : 06-2822186 atau Fax : 06-2846132 Semua belian jumlahnya akan didebitkan dalam akaun anda,untuk katalog leaf led kami memberi secara percuma diedarkan setiap 2 bulan harap maklum.

1.3 Penebusan Barangan Kemas 916

Merujuk kepda pekara diatas pihak syarikat ingin mengingatkan kepada semua stokis dan
pengedar bahawa kempen barangan kemas telah tamat tempoh iaitu pada 31hb Disember 2010.Anda diminta membuat penebusan barangan tersebut melalui kupon yang dimenangi
selewat-lewatnya pada 31hb januari 2011.Semua tuntutan boleh dibuat di ibu pejabat syarikat
berjaya glassware sdn.bhd. beralamat di No.4A-4B jalan jawa 75100 melaka atau menghubungi
En.Khairuddin di talian H/P : 0196567186.

Terima Kasih.

Sunday, March 27, 2011

Pelan Pemasaran 2011/2012 SB

PELANCARAN KATALOG TERBARU VOLUME KE-38

Kepada Stokis Dan Pengedar Yang Dihargai

1.1 Mulai dari tarikh 20hb January 2011 syarikat berjaya telah melancarkan katalog terbaru
volume ke-38.Katalog ini mempunyai ketebalan 250 muka surat,kali ini katalog sb telah di
gabungkan menjadi 3 dalam satu.Katalog master,katalog hari raya,dan katalog raja lelong.
Tujuan dari gabungan untuk memberi kemudahan kepada pengedar berurusan dengan lebih
mudah semua produk dalam satu katalog untuk maklumat semua katalog hari raya dan katalog raja lelong masih boleh digunakan jika didapati harga lama masih kekal,harap maklum.

1.2 Perubahan Pemberian Potongan Runcit 35% Kepada 30 %
PERHATIAN! Kepada semua stokis dan pengedar pihak SB telah membuat perubahan
pemberian potongan runcit untuk produk di katalog mater dahulu 35% kini diberi 30%
untuk produk katalog hari raya dan katalog raja lelong potongannya masih dikekalkan.
perubahan pemberian untung runcit disebabkan harga barangan yang dibeli daripada
pengilang luar negara telah naik 10% hingga 20% dengan alasan barangan mentah naik
dipasaran.Pihak syarikat tidak dapat menampung kos kenaikan yang begitu tinggi.
pihak SB memohon maaf di atas kesulitan yang anda semua hadapi.

1.3 Pelan Pemasaran 2011/2012 Bermula 20hb January pelan pemasaran 2011 ini mengantikan pelan pemasaran 2010.
Beberapa asas insentif yang terdapat didalam pelan pemasaran terdahulu terus diperbaiki,
kempen 2010 barangan kemas telah ditamatkan.Semua stokis dan pengedar diminta
membuat tebusan kupon emas yang dimenangi sebelum bulan February 2011 di ibu pejabat.
syarikat berjaya di melaka.Hubungi pegawai pemasaran kami En.Khairuddin bin Mohd sani di talian H/p : 019-6567186.

Keuntungan Asas Pemasaran 2011 seperti berikut :-

->
Katalog Master potongan - 30% (bermula dari MS 1 hinggan MS 115)
->
Katalog Hari Raya potongan - 30% (bermula dari MS 116 hingga MS 171)
->
Katalog Raja Lelong potongan - 20% (bermula dari MS 172 hingga MS 248)
->
Barangan Best Buy potongan 20% + 10%

*
Semua jualan diambil kira untuk target jualan bulanan dan tahunan kecuali untuk belian barangan best buy stokis fee 10% Nett.
target bulanan (BJB) dikecualikan.

1.4 Bonus Jualan Bulanan Stokis (BJB) 20%
Bermula pada bulan januari 2011 bonus pemberian telah dinaikkan hingga 20%.Setiap stokis
akan menikmati 2 kali pembayaran insentif pada setiap hujung bulan,bayaran pertama 10%
dalam bentuk cek tunai dan bayaran kedua juga 10% dalam bentuk voucher,berpandukan
target jualan bulanan anda yang terkumpul.

INSENTIF BELIAN JUALAN BULANAN BERSIH

BELIAN BULANAN

PERATUS (%) BJB

RM 500.00 ke-atas

2%

RM 2,500.00 ke-atas

3%

RM 5,50.00 ke-atas

4%

RM 10,000.00 ke-atas

5%

RM 15,500.00 ke-atas

7%

RM 20,000.00 ke-atas

8%

RM 50,000.00 ke-atas

10%


Contoh Keuntungan yang dibayar oleh pihak SB kepada stokis pada setiap hujung bulan

A.Jualan anda dalam 1 bulan (NET SALE) RM50,000.00
Bayaran Bonus Stokis pertama 10 % RM5,000.00
anda peroleh (bayaran dalam bentuk cek tunai)

B.bayaran untuk kali kedua 10% juga dikira jualan asal
daripada jualan terkumpul RM50,000.00
anda peroleh (bayaran dalam bentuk voucher) RM5,000.00

Jumlah = RM 10,000.00

* Jumlah insentif yang dibayar oleh pihak syarikat kepada stokis pada setiap bukan adalah besar
Jumlahnya jika dibandingkan dengan pesaing yang berada dipasaran.Anda boleh menilai contoh bayaran yang dibuat terima kasih.

1.5 INSENTIF KUPON BONANZA

Semua stokis dan pengedar yang berdaftar sahaja berkelayakan menikamati ganjaran kupon
bonanza.Semua pengedar dan stokis dikehendaki mengumpul seberapa banyak kupon yang
dimenangi kemudian anda boleh membuat penebusan salah satu barangan seperti yang
dinyatakan dibawah.Kempen ini berjalan selama 12 bulan bermula 1 hb januari 2011
berakhir pada 31 Disember 2011.

JUMLAH KUPON

BONANZA DIMENANGI

HADIAH YANG DIBERIKAN

10,000 KUPON BONANZA

TV LCD 32”

2,000 KUPON BONANZA

ELECTRIC STEAMER 3 TIER

1,500 KUPON BONANZA

36CM CHINA WOK W/COVER

1,500 KUPON BONANZA

12PCS PERIUK S/STEEL

1,500 KUPON BONANZA

8PCS STOCK POT


SYARAT-SYARAT DALAM KEMPEN INI

1. Penebusan hadiah boleh dibuat daripada stokis masing-masing yang terdekat
2.Mata kupon bonanza yang dimenangi tidak boleh ditukar dengan wang tunai.
3.Mata kupon bonanza terkumpul penebusan hanya dibuat untuk satu tahun sahaja.

Wednesday, March 23, 2011

Tarikh : 16/3/2011 -15/4/2011
Masa: 9.30am - 6.00pm
Tempat: No,4A-4B Jln Kg.Jawa 75100 Melaka
Tel : 06-2822186/06-2831186

Katalog Terbaru Vol 38 2011/2012

Assalamualaikum kepada semua stokis,dealer,peminat setia barangan dan juga sahabat andai,katalog terbaru kami telah pun disebarkan secara meluas ke seluruh semenanjung malaysia,sila dapatkannya segara di stokis yang berdaftar dengan segera kerana,permulaan pemilikannya adalah percuma,seterusnya ia ajakn dikenakan bayaran rm2.00 senaskah,ia adalah bagi menampung kos pembuatan yang tinggi pada masa kini,akhir kata selamat berjuang bersama kami kerana perjuang kita belum selesai,sekian terima kasih.

Blog Archive